Saturday, February 26, 2011

SELAMAT DATANG

SMK Dato' Mahmud Mat menerima kehadiran GPK Kokurikulum baru menggantikan Puan. Hajjah Sharifah Nilawati Bt Syed Abdul Rahman yang bertukar sebagai pengetua ke SMK Lepar.
Warga SMK Dato' Mahmud Mat mengucapkan "Selamat Datang" kepada GPK Kokurikulum yang baru, Encik Sohaimi Bin Karim. Sebelum ini beliau bertugas di SMK Pekan.

Monday, February 21, 2011

KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE-39




SMK Dato' Mahmud Mat telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa Kali Ke-39 pada :
Tarikh : 25 Februari 2011
Masa : 8.00 pagi

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Kejohanan Merentas Desa tahun ini.

PERKHEMAHAN KADET BOMBA & PENYELAMAT PERINGKAT DAERAH PEKAN

Kadet Bomba & Penyelamat SMK Dato' Mahmud Mat telah menghantar ahlinya menyertai perkhemahan yang diadakan pada :
Tarikh : 21 - 24 Februari 2011
Tempat : KEM Tanjung Gosong, Pekan

PERTANDINGAN KEBERSIHAN & KECERIAAN KELAS





Bermula pada minggu keenam, Unit Keceriaan sekolah telah menjalankan Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas.
Bagi minggu keenam Kelas yang terpilih menjuarai pertandingan adalah :
Kelas : 4 Iltizam
Guru Kelas : En. Mohd Sukaimi bin Hamzah

Tahniah kepada kelas tersebut.

Thursday, February 17, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Unit Bina Insan / Badan Dakwah SMK Dato' Mahmud Mat telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW pada :
Tarikh : 19 Februari 2011
Masa : 10.30 am
Tempat : Dewan Sheikh Ahmad

Antar pengisian sambutan ialah Ceramah Maulidur Rasul SAW, Tazkirah Ringkas, Pertandingan Mendeklamasi Sajak, Bercerita Kisah Rasulullah SAW dan persembahan Nasyid.

CERAMAH PERGIGIAN

Ceramah pergigian telah diadakan pada :
Hari : Rabu
Tarikh : 16.02.2011
Masa : 7.30 - 8.50 pagi

Ceramah telah disampaikan oleh Doktod dari poliklinik Peramu Jaya.

Sunday, February 13, 2011

HASIL TANGAN PELAJAR

Cenderahati yang dihasilkan oleh kumpulan pelajar di bawah bimbingan Pn. Noriza Bt Zakaria.


PERKHEMAHAN KRS & TKRS

Kadet Remaja Sekolah (KRS) SMK Dato' Mahmud Mat telah menyertai Perkhemahan KRS Peringkat Daerah Pekan.
Tarikh : 11 - 13 Februari 2011
Tempat : Kem Tanjung Gosong, Pekan (Kem Tango)

Saturday, February 12, 2011

PELAJAR CEMERLANG PMR 2010


Tahniah diucapkan kepada pelajar cemerlang PMR 2010.

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

SMK Dato' Mahmud Mat menganjurkan Bengkel Pengurusan Strategik pada :

Tarikh : 12 Februari 2011
Masa : 8.00 am - 1.00 pm
Tempat : Dewan Sheikh Ahmad, SMK Dato' Mahmud Mat
Penceramah : Tn. Hj. Abdul Rahim Bin Mohd Yunus (Pengetua SMK Bukit Rangin, Kuantan)

Bengkel ini disertai oleh guru-guru SMK Dato' Mahmud Mat dan SMK Ubai.
Terima kasih di atas kehadiran dan kerjasama peserta yang telah hadir ke program ini. Semoga dapatan yang diperolehi dapat dimanfaatkan untuk kemajuan dan kecemerlangan sekolah.

Thursday, February 10, 2011

KEJOHANAN PING PONG MSSD PEKAN 2011

SMK Dato' Mahmud Mat telah menjadi tuanrumah Kejohanan Ping pong MSSD Pekan 2011.
Kejohanan ini diadakan pada 8 - 9 Februari 2011 bertempat di Dewan Sheikh Ahmad.

ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 4






Program Orientasi Pelajar Tingkatan 4 Tahun 2011.

Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan EMC






GOTONG-ROYONG PERDANA








Aktiviti Gotong-royong Perdana telah diadakan pada :
Tarikh : 15 Januari 2011
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 am 12.30 am
Terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah hadir menjayakan aktiviti ini.

ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1






Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 diadakan selama 3 hari bermula pada 4 Januari 2011 sehingga 6 Januari 2011.

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 TAHUN 2011

Tarikh : 2 Januari 2011
Tempat : Dewan Sheikh Ahmad
Masa : 8.00 a.m

Pendaftaran pelajar tingkatan 1 SMK Dato' Mahmud Mat bagi tahun 2011 telah berjalan dengan baik. Pada hari tersebut juga pelajar membuat pembelian buku dan alat tulis di koperasi sekolah.
Selamat datang diucapkan kepada pelajar tingkatan 1 yang merupakan warga baru sekolah.