Tuesday, November 9, 2010

kEM PEMANTAPAN SAHSIAH MURID

KEM PEMANTAPAN SAHSIAH MURID PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2010 DIADAKAN PADA 12 & 13 NOVEMBER 2010 BERTEMPAT DI SMK DATO' MAHMUD MAT. MELIBATKAN 100 PELAJAR.

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010
KEPADA PELAJAR TINGKATAN 1, 2, 4 DAN 6 BAWAH.

HARI KELUARGA SMKDMM










BERTEMPAT DI DE RHU BEACH RESORT, KUANTAN
PADA 23 OKTOBER 2010
TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI HADIR.

Wednesday, October 6, 2010

PMR 2010

SELAMAT MENDUDUKI PMR 2010 KEPADA SEMUA CALON PMR 2010. SEMOGA DAPAT MENJAWAB SOALAN DENGAN BAIK DAN BEROLEH KEJAYAAN.

Majlis Persaraan Pn Rohana Bt Hj Daud













Jamuan Hari Raya & Meraikan Persaraan Pn. Rohana





Jamuan Hari Raya dan majlis meraikan persaraan Pn. Rohana Bt Hj Daud diadakan pada 24 September 2010 jam 8.30 malam di Dewan Sheikh Ahmad. Majlis anjuran Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) SMK Dato' Mahmud Mat.

SELAMAT BERSARA

Selamat Bersara diucapkan kepada Pn. Rohana Bt Hj Daud. Beliau telah bersara pada 24 September 2010.

Thursday, September 2, 2010

MAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN

SMK Dato' Mahmud Mat akan bercuti pada :

4 September 2010 sehingga 16 September 2010.

17 September 2010 sesi persekolahan bermula.
Manakala 18 September 2010 merupakan sekolah ganti menggunakan jadual hari selasa.
Harap maklum.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN

Majlis Perasmian Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah telah berjalan dengan lancar.

Tarikh : 2 September 2010
Masa : 7.30 pagi - 9.00 pagi
Tempat : Dewan Sheikh Ahmad
Dirasmikan oleh : Tn. Hj Aidun Bin Talib (Pengetua SMK Dato' Mahmud Mat)

Semoga semangat kemerdekaan berkekalan dalam diri setiap pelajar untuk meneruskan perjuangan dalam membentuk modal insan berkualiti.

Wednesday, September 1, 2010

Majlis Khatam Al-Quran

Tarikh : 3 September 2010
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Surau An-Nur, SMKDMM

Majlis anjuran Panitia Pendidikan Islam, SMK Dato' Mahmud Mat sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak. Di samping itu, pada majlis ini turut diadakan majlis penyampaian sumbangan kepada anak yatim dan pelajar miskin.
Semoga beroleh keberkatan di bulan yang mulia ini.

Tuesday, August 24, 2010

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2010

Bermula 23/08/2010(Isnin) sehingga 26/08/2010(Khamis) pelajar tingkatan 3 akan menduduki Peperiksaan Percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2010.

Selamat menghadapi peperiksaan dan semoga beroleh kejayaan.

KEM KECEMERLANGAN PMR, SPM DAN STPM TAHUN 2010

Aktiviti : Kem Kecemerlangan PMR, SPM dan STPM Tahun 2010
Tarikh : 6-7 Ogos 2010
Tempat : SMK Dato' Mahmud Mat

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM TAHUN 2010

Pada 6-7 Ogos 2010 Unit Kokurikulum sekolah telah menganjurkan Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform bertempat di padang sekolah SMK Dato' Mahmud Mat. Perkhemahan ini melibatkan 7 Unit Beruniform :
1. Kadet Bomba
2. Kadet Polis
3. Kadet Remaja Sekolah
4. Bulan Sabit Merah Malaysia
5. JPA3
6. PKBM
7. Puteri Islam

Antara aktiviti yang dijalankan :
1. Pertandingan Persembahan
2. Pertandingan Kawad Kaki
3. Explorace
4. Pertandingan Khemah
5. Qiamullail

Perkhemahan ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan mendapat kerjasama semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Perkhemahan sebegini diharapkan dapat diadakan pada masa akan datang.

Tuesday, June 29, 2010

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING













Aktiviti : Kem Jati Diri
Tempat : Kem Taman Pertanian, Kuantan.
Aktiviti ini dijalankan 2 sesi secara berasingan iaitu yang pertama melibatkan pelajar lelaki dan sesi kedua melibatkan pelajar perempuan.

Tuesday, May 25, 2010

Thursday, May 20, 2010

SEJARAH SEKOLAH

Pada asalnya, sekolah ini merupakan sebuah Sekolah Melayu. Tuan Sheikh Ahmad Bin Sheikh Parat telah mewakafkan tanah kepada Jabatan Pendidikan untuk didirikan sebuah sekolah. Pada wal Januari 1965, sesi persekolahan dimulakan dengan pelajar seramai 65 orang. Sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Tanah Putih. Nama ini dipilih sempena nama tempat sekolah ini yang terletak di kawasan Tanah Putih. Bangunan sekolah telah dirasmikan oleh Yang Berhormat En. Khir Bin Johari pada 9 Oktober 1967. Pada tahun 1981, sekolah ini telah ditukar namanya menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Mat. Selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran ketika itu yang mengkehendaki semua sekolah menengah dinamakan dengan tokoh tempatan yang berjasa dan telah meninggal dunia. Terdapat juga cadangan untuk menamakan sekolah ini sempena nama tuan punya asal tanah tetapi cadangan itu telah ditolak.

GOTONG-ROYONG PERDANA





Gotong-royong Perdana SMK Dato' Mahmud Mat telah diadakan pada Sabtu, 15 Mei 2010 bermula jam 8.00 pagi. Jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan telah menjayakan program ini.

HARI SUKAN

Perbarisan - Rumah Sukan Peramu Jaya Selatan


Rumah Sukan Sepekan Jaya

Pemenang

Atlet-atlet sekolah

Barisan Tetamu

Rumah Sukan Peramu Jaya Utara