Friday, November 18, 2011

SELAMAT BERCUTI

Selamat bercuti diucapkan kepada semua warga SMK Dato' Mahmud Mat. Gunakan waktu yang terluang dengan sebaiknya. Bertemu lagi tahun hadapan.

SALAM PERPISAHAN




Tahniah kepada 3 orang guru yang dapat bertukar.
1) Pn. Norhayati Bt Abdul Hadi
2) Pn. Junaida Bt Taharim
3) Pn. Ummie Hani Bt Ahmad

Thursday, November 17, 2011

SELAMAT BERJAYA

Kepada semua calon SPM dan STPM SMK Dato' Mahmud Mat, warga sekolah mengucapkan selamat menduduki peperiksaan, semoga dapat menjawab soalan dengan baik dan berjaya dengan cemerlang.

Wednesday, November 2, 2011

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 1 & 2

Peperiksaan Bersama Akhir Tahun Tingkatan 1 & 2 Negeri Pahang Tahun 2011 bermula pada HARI Inin, 31.10.2011) hingga Khamis 3.11.2011. Selamat menduduki peperiksaan dan semoga berjaya kepada pelajar tingkatan 1 & 2 SMKDMM. Semoga berjaya.

Thursday, October 13, 2011

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Peperiksaan Bersama Akhir Tahun Tingkatan 4 Negeri Pahang Tahun 2011 bermula pada hari ini, (Khamis, 13.10.2011) hingga Jumaat 4.11.2011. Selamat menduduki peperiksaan dan semoga berjaya kepada pelajar tingkatan 4 SMKDMM.

Friday, September 30, 2011

Majlis Solat Hajat Sempena PMR 2011

Majlis diadakan pada 29 September 2011 di Masjid Kampung Tanah Putih selepas solat maghrib. Guru, ibu bapa dan pelajar tingkatan 3 hadir untuk menjayakan majlis ini. Semoga beroleh keberkatan dan kejayaan dalam PMR 2011.

PROGRAM ANIMASI








Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah "MSC Malaysia Digital Storytelling Animation Through Ethnic Music" Negeri Pahang.

Tarikh : 28 September 2011
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang, Beserah, Kuantan

3 orang pelajar telah terlibat dalam pembikinan animasi iaitu :

Muhammah Hishadiq B. Abd Rafar
Ras Adiba Bt Abdul Razak
Wan Aina Syazwani Bt Wan Muhamad Ali

Guru Pembimbing : Pn. Madiana Bt Mohamad
Guru Pengiring : Pn. Hamidah Bt Kasim

Thursday, September 22, 2011

MURAL MAKMAL KOMPUTER SMKDMM

Terima kasih diucapkan kepada guru pelatih Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Cik Dayangku Rafidah dan Cik Erana yang telah menjalani latihan praktikal di SMKDMM. Mereka telah meninggalkan hasil tangan kepada warga SMKDMM sebagai tanda kenang-kenangan.

PROGRAM SENTUHAN MINDA SANUBARI (SMS) TINGKATAN 2






Diadakan pada :
Tarikh : 22 September 2011
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Melati Inn, Pekan

Tahniah kepada semua pelajar yang telah menghadirkan diri. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan.

Monday, September 12, 2011

PERCUBAAN SPM 2011

Selamat menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia 2011 kepada semua calon SPM tahun 2011

Thursday, August 11, 2011

SELAMAT BERSARA





MAJLIS PERSARAAN EN. ABU TALIB B. MUHAMMAD
Tarikh : 8 Julai 2011
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Sheikh Ahmad,
SMK Dato’ Mahmud Mat.

Monday, July 4, 2011

sabtu, 2 Julai 2011

Larian 1Murid, 1Sukan, 1Malaysia diadakan pada sabtu, 2 Julai 2011. Semua warga SMK Dato' Mahmud Mat berkumpul pada pukul 7.30 pagi di padang sekolah. Terima kasih di atas kehadiran dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak.

Wednesday, June 22, 2011

SAMBUTAN HARI KOPERASI DAN HARI KANTIN


Sambutan Hari Koperasi dan Hari Kantin akan diadakan pada 27 Jun 2011.

Wednesday, April 27, 2011

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2011




TARIKH : 19 - 20 APRIL 2011
TEMPAT : KEM SG.MIANG, PEKAN
Aktiviti berjalan selama 2 hari disertai oleh 110 orang pelajar yg terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber Sekolah dan EMC. Seramai 5 orang guru juga turut menyertai iaitu kaunselor sekolah dan guru pengiring. Aktiviti dikelolakan sepenuhnya oleh pasukan askar di Kem. Askar Wataniah Force 505, Sg.Miang dengan dibantu oleh kaunselor sekolah, En. Abdul Razak Bin Damiri dan Pn. Fauziah Binti Abdul Malek.
Pelajar-pelajar diberi pendedahan sepenuhnya dengan semangat jati diri seorang pemimpin, ketahanan fizikal dan motivasi diri untuk menjadi pemimpin. Aktiviti berjalan dengan lancar dan pelajar pulang dengan selamat. Semoga kem seperti ini dapat menyuntik minat kepada pelajar untuk lebih berdisiplin dan berkepimpinan.

Friday, April 8, 2011

WARGA PENDIDIK SMKDMM 2011


Warga pendidik SMK Dato' Mahmud Mat tahun 2011.

Wednesday, March 9, 2011

JUARA KALI KETIGA

Pada minggu ke-8 kelas 4 Iltizam masih mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas. Tahniah diucapkan.

Wednesday, March 2, 2011

AKTIVITI BOLA JARING




Bola Jaring SMK Dato' Mahmud Mat telah menganjurkan 2 perlawanan persahabatan pada Februari lalu. Perlawanan pertama antara pelajar SMK Dato' Mahmud Mat dan Guru-guru pada 13 Februari 2011. Manakala pada 23 Februari 2011 pelajar SMK Dato' Mahmud Mat mengadakan perlawanan dengan pelajar SK Tanah Putih.

PERTANDINGAN KEBERSIHAN & KECERIAAN KELAS




Minggu ke-7, juara Pertandingan kebersihan & Keceriaan Kelas disandang oleh kelas 4 Iltizam. Tahniah diucapkan kepada guru kelas 4 Iltizam, Encik Mohd Sukaimi Bin Hamzah dan pelajar kelas tersebut. Kelas ini telah memenangi Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas 2 minggu berturut-turut.

Saturday, February 26, 2011

SELAMAT DATANG

SMK Dato' Mahmud Mat menerima kehadiran GPK Kokurikulum baru menggantikan Puan. Hajjah Sharifah Nilawati Bt Syed Abdul Rahman yang bertukar sebagai pengetua ke SMK Lepar.
Warga SMK Dato' Mahmud Mat mengucapkan "Selamat Datang" kepada GPK Kokurikulum yang baru, Encik Sohaimi Bin Karim. Sebelum ini beliau bertugas di SMK Pekan.

Monday, February 21, 2011

KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE-39




SMK Dato' Mahmud Mat telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa Kali Ke-39 pada :
Tarikh : 25 Februari 2011
Masa : 8.00 pagi

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Kejohanan Merentas Desa tahun ini.

PERKHEMAHAN KADET BOMBA & PENYELAMAT PERINGKAT DAERAH PEKAN

Kadet Bomba & Penyelamat SMK Dato' Mahmud Mat telah menghantar ahlinya menyertai perkhemahan yang diadakan pada :
Tarikh : 21 - 24 Februari 2011
Tempat : KEM Tanjung Gosong, Pekan

PERTANDINGAN KEBERSIHAN & KECERIAAN KELAS





Bermula pada minggu keenam, Unit Keceriaan sekolah telah menjalankan Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas.
Bagi minggu keenam Kelas yang terpilih menjuarai pertandingan adalah :
Kelas : 4 Iltizam
Guru Kelas : En. Mohd Sukaimi bin Hamzah

Tahniah kepada kelas tersebut.

Thursday, February 17, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Unit Bina Insan / Badan Dakwah SMK Dato' Mahmud Mat telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW pada :
Tarikh : 19 Februari 2011
Masa : 10.30 am
Tempat : Dewan Sheikh Ahmad

Antar pengisian sambutan ialah Ceramah Maulidur Rasul SAW, Tazkirah Ringkas, Pertandingan Mendeklamasi Sajak, Bercerita Kisah Rasulullah SAW dan persembahan Nasyid.

CERAMAH PERGIGIAN

Ceramah pergigian telah diadakan pada :
Hari : Rabu
Tarikh : 16.02.2011
Masa : 7.30 - 8.50 pagi

Ceramah telah disampaikan oleh Doktod dari poliklinik Peramu Jaya.

Sunday, February 13, 2011

HASIL TANGAN PELAJAR

Cenderahati yang dihasilkan oleh kumpulan pelajar di bawah bimbingan Pn. Noriza Bt Zakaria.


PERKHEMAHAN KRS & TKRS

Kadet Remaja Sekolah (KRS) SMK Dato' Mahmud Mat telah menyertai Perkhemahan KRS Peringkat Daerah Pekan.
Tarikh : 11 - 13 Februari 2011
Tempat : Kem Tanjung Gosong, Pekan (Kem Tango)

Saturday, February 12, 2011

PELAJAR CEMERLANG PMR 2010


Tahniah diucapkan kepada pelajar cemerlang PMR 2010.

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

SMK Dato' Mahmud Mat menganjurkan Bengkel Pengurusan Strategik pada :

Tarikh : 12 Februari 2011
Masa : 8.00 am - 1.00 pm
Tempat : Dewan Sheikh Ahmad, SMK Dato' Mahmud Mat
Penceramah : Tn. Hj. Abdul Rahim Bin Mohd Yunus (Pengetua SMK Bukit Rangin, Kuantan)

Bengkel ini disertai oleh guru-guru SMK Dato' Mahmud Mat dan SMK Ubai.
Terima kasih di atas kehadiran dan kerjasama peserta yang telah hadir ke program ini. Semoga dapatan yang diperolehi dapat dimanfaatkan untuk kemajuan dan kecemerlangan sekolah.

Thursday, February 10, 2011

KEJOHANAN PING PONG MSSD PEKAN 2011

SMK Dato' Mahmud Mat telah menjadi tuanrumah Kejohanan Ping pong MSSD Pekan 2011.
Kejohanan ini diadakan pada 8 - 9 Februari 2011 bertempat di Dewan Sheikh Ahmad.

ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 4






Program Orientasi Pelajar Tingkatan 4 Tahun 2011.

Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan EMC